PERIHAL PAYUDARA

March 11th, 2011

KOMPOSISI PAYUDARA

Perihal Payudara Komposisi payudara Payudara mengandungi dua komponen iaitu komponen yang terlibat dengan penghasilan susu dan komponen yang terlibat dengan struktur dan pengangkutan. Permukaan payudara Permukaan payudara diliputi kulit yang melindungi struktur dalaman, serta puting dan bahagian areola.

PERMUKAAN PAYUDARA

Puting adalah satu benjolan, terletak ditengah payudara dan kelihatan lebih gelap daripada warna kulit biasa. Puting mengandungi otot dan ianya mempunyai berbagai bentuk, boleh leper, bulat atau berbentuk kon. Di permukaan puting terdapat berapa liang (pores) yang membolehkan bayi mendapat susu semasa menyusu. Terdapat juga berapa kelenjar ‘sebaceous’ yang menghasilkan bahan pelincir.

Areola merupakan tisu dikeliling puting. Warna areola tergantung kapada warna kulit dan biasa nya kelihatan lebih gelap. Warna ini akan berubah semasa baligh, semasa haid dan semasa hamil. Di permukaan areola terdapat benjolan halus dipanggil Montgomery’s tubercle yang menghasilkan bahan pelincir

TISU DALAMAN PAYUDARA

Di dalam payudara terdapat 15-20 lobus, satiap satu merangkumi berapa lobul atau kelenjar susu. Kelenjar susu ini disambung oleh satu sistem saluran yang akan mengangkut susu kebahagian puting. Komponen yang berfungsi ini dinamakan tisu ‘glandular’

Struktur tisu payudara:

STRUKTUR TISU PAYUDARA

TISU LEMAK, TISU KONEKTIF, SARAF, SALUR DARAH DAN SALUR LIMFA

Tisu  konektif berfungsi sabagai tisu sandaran kapada tisu glandular dan tisu lemak.

Tisu lemak meliputi serta melindungi tisu glandular dan memberikan rupa bentuk payudara.

Payudara wanita yang kurus masih mengandungi  1/3 tisu lemak.

Penghasilan dan pengeluaran susu dipengaruhi oleh perangsangan urat saraf.

Perangsangan urat saraf juga memain peranan semasa aktivit hubungan kelamin.

Sensitiviti payudara berbeza dari masa kesemasa, ianya meningkat apabila fasa subur dan semasa aktiviti hubungan kelamin dan menurun semasa haid.

TISU-TISU LAIN

1) Saluran darah mengangkut zat makanan dan oksigen

2) Cecair yang mengandungi protin, lemak dan gula melintas kapilari atau salur rerambut kepada sel-sel yang akan menyerap dan menggunakan zat-zat ini.

3) Tisu limfa akan menyerap cecair yang berlebihan dan mengalirkan cecair ini semula kapada saluran darah

4) Nodus limfa (lymph nodes) berfungsi sabagai penapis menangkap bacteria, bahan toksin dan sisa-sisa sel. Kelenjar ini didapati berkelumpok diseluruh tubuh dan cecair limfa dari payudara mengalir kepada kelenjar limfa di-kawasan ketiak.

5) Kumpulan otot dibahagian dada iaitu otot pectoralis terletak di bahagian bawah payu dara dan berfungsi sabagai tisu sandaran. Rangka dada terdapat dibawah lapisan otot.

SAIZ DAN BENTUK PAYUDARA

Payudara tidak mempunyai saiz yang ‘normal’. Saiz payudara dipengaruhi oleh keturunan dan jumlah lemak yang didapati didalamnya. Saiz yang besar mengandungi jumlah lemak yang berlebihan, dan biasanya payudara sebelah kiri lebih besar dari kanan. Saiz tidak mepengaruhi penghasilan susu atau mempengaruhi risiko kanser. Bentuk payudara juga berbagai-bagai. Saiz dan bentuk tidak mepengaruhi fungsinya. Tisu payudara juga boleh didapati terletak diantara ketiak dan tulang selangka.

PAYUDARA LELAKI

Lelaki mempunyai tisu payudara yang tidak membesar dan tidak berkembang. Tisu payudara lelaki adalah saperti yang didapati pada gadis yang belum baligh. Tisu ini menggandungi berapa saluran yang dikelilingi oleh sel-sel pipih dan diliputi oleh tisu konnektif. Payudara lelaki boleh dipengaruhi dan dirangsang oleh hormon. ‘Gyneacomastia’ merupakan satu keadaan dimana terdapat pertumbuhan saluran susu dan pembesaran tisu konnektif.

Empat puluh peratus lelaki mengalami pembesaran payudara secara sementara, yang dipercayai akibat pengaruh hormon yang akan merosot selepas satu atau dua tahun. Pembesaran payudara boleh juga terjadi akibat pengaruh ubat atau penyakit. Contohnya termasuklah kegunaan oestrogen untuk rawatan kanser kelenjar prostat, kegunaan digitalis (satu ubat untuk rawatan penyakit jantung) kegunaan reserpine, spiranolactone (ubat untuk rawatan darah tinggi) kegunaan ergotamine (ubat untuk rawatan migrain) dan kegunaan phenytoin (ubat untuk rawatan penyakit sawan) Pembesaran payudara juga didapati pada pesakit kanser buah zakar, pesakit kanser kelenjar adrenal, pesakit cirrhosis hati, pesakit dialysis kronik ginjal dan juga penghidap sindrom Klinefelter.

Sindrom Klinefelter mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko kanser payu dara. Pada lelaki yang gemuk terdapat tisu lemak yang berlebihan dipayudara dan payudara kelihatan membesar tetapi keadaan ini bukanlah ‘gyneacomastia’ sebenarnya.

MENGAPA PAYUDARA DI RASAI BERUBAH DARI MASA KE SEMASA

PERKEMBANGAN PAYUDARA

Perkembangan payudara sudah bermula semasa masih dalam kandungan. Pada lebih kurang 6 minggu umur kehamilan, terjadi penebalan kulit yang dinamakan rabung mamari atau talian susu (milk line). Selepas 6 bulan, penebalan ini terjadi daripada ketiak sahingga kekelangkang, tetapi ini akan diserap semula sahingga tinggal dua dibahagian dada. Bagi bayi perempuan sel-sel ini akan teratur, menjadi dua kelenjar ‘exocrine’ dengan saluran susu menuju puting. Sapanjang hayat saorang wanita payudara sentiasa berubah.

Perubahan saiz dan bentuk akan berlaku semasa baligh dan juga pada tiap-tiap bulan semasa dan selepas haid. Akibat pengaruh hormon, payudara dirasai sakit dan ini akan berakhir selepas putus haid.

Perkembangan payudara akan bermula semasa baligh. Pada masa ini terdapat berlebihan tisu lemak dan perkembangan saluran kelenjar.

Penghasilan susu akan hanya berlaku selepas kehamilan dimana perkembangan seterusnya akan berlaku.

PERUBAHAN SEMASA HAID

Haid adalah akibat perubahan paras hormon. Ini juga mengakibatkan pembesaran saiz payudara dan juga perasaan sakit dipayudara. Puting juga menjadi sensitif dan sakit.

SEMASA PUTUS HAID

Semasa putus haid (menopause) pengaruh hormon oestrogen terhadap semua tisu berkurangan terutama tisu payudara.

Akibatnya payudara kelihatan pipih dan kedudukannya menurun. Payudara juga dirasai sakit. Kadangkala terdapat pula pengaruh hormon yang tidak teratur menyebabkan terjadi pembesaran saiz payudara. Sungguh pun sudah putus haid, payudara masih peka terhadap rangsangan semasa perhubungan kelamin.

SEMASA USIA TUA

Selepas putus haid payudara tidak akan mengalami perkembangan lagi.

Sumber : http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/BM/PSP/perihalpayudara.htm

Category: PENJAGAAN PAYUDARA
No Comments »

PETUA MENEGANGKAN PAYUDARA

March 5th, 2011

 

Petua 1 : Wanita yang sudah bersalin akan mengalami masalah buah dada menjadi kendur tidak bermaya seperti dahulu. Dapatkan beberapa helai daun sirih Melayu , ianya berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan ia kering dan dibuat berulang kali. Menurut orang tua yang memberikan petua ini , petua ini dipanggil Petua Sayang Suami. Semoga kebahagiaan rumahtangga puan-puan akan bertambah seri lagi dengan kehadiran cahaya mata dan tubuh badan yang menawan. Bersama-samalah kita amalkan.

 

 

Petua 2 : Kupas setengah biji labu dan masak sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut tika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh payudara lebih kurang 20 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Petua 3: Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.

Petua 4 :Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Category: PENJAGAAN PAYUDARA
No Comments »

TEKNIK SENAMAN KEGEL

February 25th, 2011

Senaman Kegel

Senaman Kegel adalah senaman yang bagus untuk setiap wanita terutamanya wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak.

Bagaimanakah melakukannya?

Fungsi dan Faedah Senaman Kegel

– mampu membantu mengatasi masalah seperti tidak boleh mengawal kencing{mosimage}
– mengurangkan kes peranakan turun
– meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina
– meningkatkan kualiti hubungan kelamin
– menguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perenium

Kaedah Asas (Permulaan)

Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba.

Tahan dan kira sehingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa.

Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika anda mampu menahan air kencing tanpa menggerakkan kaki.

Untuk Pastikan Kaedah Anda Betul

Anda boleh memasukkan jari (yang telah dicuci bersih) ke dalam faraj dan cuba cengkam jari ini menggunakan faraj anda. Cengkaman ini lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari saja.

Otot punggung (otot gluteus), otot abdomen (terutama kawasan bawah pusat) dan otot paha seeloknya tidak dikemutkan pada waktu ini. Anda boleh meletakkan kedua tangan pada kawasan punggung dan abdomen serta peha bagi memastikan ia tidak mengeras sewaktu senaman kegel dilakukan.

Senaman Yang Sempurna

Setelah kaedah anda betul, lakukannya ketika pundi kencing anda telah kosong (cara yang sama seolah-olah seperti menahan diri daripada membuang air kencing). Tabiat menahan kencing boleh menyebabkan masalah kencing tidak lawas.

Anda boleh berdiri, duduk atau berbaring ketika melakukannya.

Jangan menahan nafas ketika melakukannya.

Tahan otot selama kiraan 10-20 dan rehatkannya dengan kiraan 10-20 lagi sebanyak 4 setiap sesi. Lakukan 3 sesi sehari (pagi, petang dan malam).Jika masih tidak pasti kaedah yang betul, jangan malu berjumpa doktor untuk mendapatkan panduan.

Keberkesanan

Biasanya, kesannya senaman ini dapat dirasai dalam masa 2 hingga 3 bulan, jika dilakukan setiap hari.

Keberkesanannya bergantung kepada kaedah yang betul dan ianya mestilah dilakukan secara konsisten.

Berpantang adalah waktu terbaik untuk melakukan senaman Kegel kerana ia turut dibantu dengan kehadiran hormon yang banyak dalam badan. Bagaimanapun, ia tidak disarankan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau terlalu banyak koyak pada vagina.

Secara umumnya, senaman Kegel mampu mengembalikan 50 peratus kekuatan otot vagina, malah ada kes yang pulih 100 peratus.

Bagaimanapun kejayaan ini berbeza antara individu mengikut tahap masalah masing-masing.

Rujukan :
Harian Metro
Mayoclinic.com
Masalah Kawal Kencing, Utusan Malaysia

Category: PENJAGAAN PAYUDARA
No Comments »

SAYANGI PAYUDARA ANDA!!

February 23rd, 2011

Ramai wanita yang mahu buah dada yang cantik dan tegang. Namun begitu, perincian apa yang cantik dan macam mana yang tegang adalah tidak nyata. Setiap wanita perlu tahu, buah dada adalah berbeza bagi setiap wanita, daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. Hanya kerana melihat gambar seorang model iklan dengan buah dada yang cantik, seseorang wanita mahu menurutnya.

Buah dada anda adalah sesuai dan sempurna untuk diri anda. Terima buah dada anda, jaga dan belai buah dada itu sebaiknya.

Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan bentuk dan saiz buat dada. Jangan memakai coli yang saiz terlalu kecil, ini akan membuat anda tidak selesa. Apabila memakai coli yang kecil dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil.

Juga jangan terlalu besar sehingga buah dada tidak masuk dengan kemas dalam coli, ia juga menimbulkan rasa tidak selesa.

Bahagian tengah coli, penyambung antara dua mangkuk coli, apabila dipakai sepatutnya selasa berada pada atas tulang dada.. Cuba tarik nafas dalam-dalam sewaktu mencuba coli yang baru. Apabila anda memakai coli sepatut rasa seperti buah dada dipegang kemas dan apabila nafas ditarik pegangan itu tidak sepatutnya membuat anda rasa tidak selesa, kemas tetapi tidak terlalu ketat.

Untuk memastikan coli ada sesuai. Sewaktu mencuba, Lakukan juga aktiviti yang biasa dilakukan, seperti menghayunkan tangan, melompat-lompat kecil, berlari-lari anak atau jika coli itu digunakan untuk senaman atau sukan, lakukan gerakan sukan yang anda ingin lakukan. Ia sepatutnya selesa dipakai dan kedua-dua buah dada kurang pergerakan sebab ia dipegang kemas oleh coli yang dicuba.

Buah dada perlu diperiksa untuk melihat sebarang perubahan. Kanser buah dada adalah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia. Pengesanan awal dapat memberikan wanita peluang yang lebih besar untuk pulih.
Lakukan pemeriksaan dua atau tiga hari selepas berhenti haid setiap bulan. Lakukan pemeriksaan didepan cermin untuk melihat tanda-tanda perubahan seperti:

– Ketulan pada dada dan bawah ketiak

– Sebarang perubahan daripada segi bentuk dan saiz

– Bengkak, kemerahan, perubahan warna kulit dan rasa panas

– Puting masuk ke dalam

– Rasa sakit yang tidak berkait dengan datang bulan

– Keluar darah atau lendir bukan susu pada puting

Cara pemeriksaan buah dada yang betul perlu dipelajari. Dapatkan nasihat doktor atau hadiri kelas khusus untuk pemeriksaan buah dada sendiri. Anda boleh hubungi Persatuan Kebajikan Barah Buah Dada di 03-79492093.

Jika ada sebarang perubahan, dapatkan pemeriksaan doktor. Walaupun ia mungkin bukan petanda penyakit, namun setiap perubahan adalah penting. Pengesanan dan rawatan awal dapat memberikan peluang yang besar untuk pulih dan menyelamatkan nyawa. Jangan malu mendapatkan kepastian doktor.

Permakanan yang sihat dan sesuai boleh membuat tisu buah dada sentiasa sihat.

Antaranya adalah isoflavones seperti genistein, Gamma Linolenic Acid (GLA), Indole-3-Carbinol, broccoli untuk sulforaphanes, gotu kola, saw palmetto dan lycopene.

Kacang soya adalah antara makanan yang mengandungi genistein. Genistein daripada kacang soya mempunyai bentuk kimia yang menyerupai hormon estrogen. Ini dapat membantu dalam mengimbangi dan mengawal kadar estrogen dalam badan wanita. Semakin wanita berusia semakin menurun pengeluaran hormon estrogen. Amalan permakanan daripada produk kacang soya dapat membantu dalam mengurangkan kesan kekurangan estrogen ini.

Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu dalam mengimbangi aktiviti prolactin. Prolactin adalah bertujuan untuk menghasilkan hormon prostaglandin PGE, hormon membantu dalam perseimbangan dan fungsi biologi badan.

GLA seperti daripada Evening Primrose Oil (EPO) turut membantu dalam mengatasi masalah Premenstrual Syndrome (PMS). Penghasilan prostaglandin memerlukan kumpulan vitamin B lengkap, vitamin C, zink dan mangnesium. Malah dicadangkan mengambil multivitamin dan mineral lengkap bagi mendapat tahap kesihatan yang baik.

Indole-3-Carbinol satu lagi bahan yang dijangkakan dapat membantu kesihatan tisu buah dada melalui kemampuannya membantu proses metabolisma hormon estrogen. Bahan ini terdapat dalam sayur-sayuran jenis “cruciferous” seperti brakoli, kobis, cauliflower dan “bruseels sprouts”. Sayur-sayur ini turut mengandungi sulforaphanes yang telah dikenal pasti memberikan kesan positif kepada tisu buah dada.
Lycopene adalah carotenoid yang boleh didapati didalam tomato dan produk berasas tomato. Carotenoid adalah antioxidant yang penting. Lycopene didapati adalah lebih efektif sebagai antioxidant berbanding beta carotene dan alpha tocopherol. Wujudnya antioxidant adalah penting sebagai perlindung sel-sel daripada tindakan oxidant oksigen. Ia umpama cat pada besi supaya besi tidak berkarat.

Gotu kola adalah untuk membantu melancarkan edaran darah dalam badan. Edaran darah yang lancar membantu dalam membentuk tisu-tisu badan yang sihat.

Pelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Amalkan pengambilan lima hidangan satu hari sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran atau campuran kedua-duanya. Satu hidangan adalah sebesar tapak tangan sendiri. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi khasiat yang tidak dapat dibotolkan. Ia dapat membantu badan membentuk tisu-tisu badan yang sihat dan melindungi sel-sel daripada berkembang kepada sel-sel yang boleh menjadi kanser.

Bagi wanita, amalkan permakanan yang berasaskan soya. Semakin kerapkan pengambilan soya apabila usia semakin bertambah. Pengambilan kacang soya adalah pada kadar 40 ke 80mg sehari.
Begitu juga pengambilan EPO. Dapatkan EPO dalam bentuk pil agar ia mudah dimakan setiap hari. Jadikan tomato dan brakoli atau sayuran berkaitan dalam hidangan makanan harian.

Bagi wanita yang mahukan buah dada yang menarik dan sentiasa sihat, menjaga kesihatan badan adalah penting. bersenamlah kerana membantu dalam melancarkan edaran darah beroksigen. Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tidak sihat. Kurangkan pengambilan gula dan garam, kurangkan minuman berkaffeine seperti kopi, amalkan makan sayur-sayuran dan fiber.

Category: PENJAGAAN PAYUDARA
No Comments »

TIPS KESIHATAN PAYUDARA

February 23rd, 2011

TIPS KESIHATAN PAYUDARA

Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kecantikan payudara anda adalah;

1. Lakukan pemeriksaan

Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.

2. Pembedahan

Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada ‘hatinya’.

3. Senaman

Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali. Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.

Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu. Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.

4. Urutan

Mengurut payudara dengan minyak aroma terapi, dapat menjaga keanjalan payudara. Urutan baik untuk merangsang sirkulasi darah. Caranya lakukan urutan ke arah luar, ke bawah dan ke arah dalam, kemudian mengikuti aliran getah bening ke arah ketiak, ke bawah tulang selangka dan ke arah tulang dada. Dibandingkan dengan masker dan krim yang disapukan, penggunaan minyak aroma terapi adalah lebih efektif kerana urutan akan lebih mudah meresap ke dalam kulit, mengalir dalam darah, kelenjar susu serta menyusup ke seluruh tubuh.

5. Bersihkan payudara

Payudara yang sihat adalah payudara yang bersih. Perhatikan kebersihan puting yang merupakan tempat keluar air susu, sekaligus kelenjar minyak yang berfungsi untuk melicinkan puting dan arela, agar tidak kering dan kulitnya tidak pecah. Gunakan kapas yang sudah dibubuhi minyak zaitun untuk membersihkan sisa kelenjar iaitu kelenjar minyak yang sering melekat pada puting.

6. Penggunaan Coli

Gunakan baju dalam atau coli yang sesuai dengan anda dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.

7. Penyusuan

Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.

Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).

8. Ramasan

Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.

Category: PENJAGAAN PAYUDARA
No Comments »

Hello world!

February 23rd, 2011

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

Category: PENJAGAAN PAYUDARA
1 Comment »
LinkDock.com You found linkdock.com, so will your customers. It's a great label for your website and will help you define your identity on the Web.