NURBEAUTYLINE SOY COLLAGEN - PROMO 3 KOTAK

NEW PACKAGING!! 10 sachet/box. 3 kotak = 30 sachet.

Pek promosi soy collagen didatangkan dengan pek khas yang mengandungi 3 pek collagen dengan harga yang menarik.

Soy Collagen merupakan minuman yang diformulasikan daripada kombinasi soya dan kolagen boleh melawan garis-garis halus yang timbul, kedut,kulit kusam dan tidak sekata yang berpunca dari umur yang meningkat, stress, pencemaran terdedah kepada cahaya matahari dan lain-lain faktor merosakkan kulit anda.
Khasiat Soy Collagen Nurbeautyline

Menjadikan kulit yang sihat lebih muda, anjal, cerah dan sekata.
Menjadikan kulit lebih cantik, tegang, lembut, halus, licin dan gebu
Melambatkan proses penuaan
Menyerlahkan kejelitaan luaran dan dalaman.
Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah.
Mengekalkan keremajaan kulit, wajah yang muda dan kulit yang sihat.

Kandungan Soy Collagen Nurbeautyline

Soya – Berfungsi sebagai bahan semulajadi untuk memulihkan dan melembutkan kulit. Ia juga membantu mengurangkan paras kolestrol dan suhu badan dan member tenaga yang diperlukan oleh tubuh kita.
Kolagen – Kolagen ialah bahan semulajadi yang mengeluarkan cecair dalam tubuh kita untuk membekalkan struktur kepada organ yang berbeza. Kolagen memainkan peranan untuk menjadikan kulit kita kelihatan sihat, muda, lembut dan sekata.

Cara minum Soy Collagen Nurbeautyline

Masukkan satu sachet soya kolagen ke dalam air suam, kacau dan minum terus untuk mendapat khasiat maksimum soya kolagen yang mengandungi vitamin dan protein.
Saranan: Ambil 2 sachet sehari(sekali sebelum sarapan dan sekali sebelum tidur)
Minima penggunaan 3 bulan untuk nampak result, jika diamalkan berterusan amat baik untuk kulit.

Kandungan : 25g x 10 sachets x 3pek


RENCANA SOY COLLAGEN NURBEAUTYLINE di petik dari www.sinarharian.com

SOYA atau dalam bahasa Itali dipanggil soia latte, diketahui berkhasiat sejak zaman berzaman, penggunaannya dikatakan telah mencecah usia 5,000 tahun dalam kalangan masyarakat di negara China. Bijian itu diperah bagi mendapatkan air atau susunya dan dijadikan tauhu (sejenis makanan bangsa tersebut) dalam menu makanan harian.

Langsung tidak perlu diperakui terutama kepada pembentukan tekstur kulit yang cantik. Unsur-unsur dalamnya dilengkapi sumber protein dan turut terkandung asid amino diperlukan tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan menghasilkannya.


Terbaik bagi ibu mengandung

Pengalaman menjadi ibu tidak kiralah kandungan pertama atau seterusnya pasti mencoret momen indah kepada setiap wanita di luar sana, ragamnya usah diperkatakan lagi hingga ada yang mengalami mual berpanjangan, namun kini situasi tersebut tidak perlu dirisaukan kerana Soy Collagen Nurbeautyline Premium membantu ibu sekalian!.

Soy Collagen Nurbeautyline Premium mengandungi khasiat yang diperlukan ibu-ibu mengandung kerana ia tidak tertumpu kepada golongan itu sahaja, tetapi turut mengutamakan bayi yang sedang dikandung.

Kebiasaannya wanita mengandung mengalami gejala seperti morning sickness, sakit tulang belakang, gigi menjadi rapuh dan kaki tidak kuat untuk menampung bebanan. Sebaliknya dengan mengamalkan Soy Collagen Nurbeautyline Premium secara berterusan iaitu meminumnya dua kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur di awal usia kehamilan sehingga tempoh melahirkan bakal memberikan kesan terbaik.

Ibu mengandung pasti mengalami rekahan dan simptom kegatalan di sekeliling perut. Perbuatan menggaru dapat melegakan proses kegatalan yang dialami namun ia meninggalkan parut. Dengan produk Soy Collagen Nurbeautyline Premium yang mengandungi soya sebenar gred A, ekstrak kolagen dan 16 vitamin serta mineral mampu melembapkan keregangan kulit ibu mengandung dan mencantikkan kulit walaupun selepas bersalin.

Impaknya terkesan kepada si bayi yang dikandung dengan meminum Soy Collagen Nurbeautyline Premium yang kaya dengan protein dan kalsium membantu pembinaan kulit dan tulang bayi selain menggebu kulit serta menyihatkan.


Kesan yang pantas

Kolagen sering digunakan dalam bidang kecantikan dan perawatan wajah serta tubuh badan. Berdasarkan kajian saintifik membuktikan Soy Collagen Nurbeautyline Premium meningkatkan tahap kesihatan, wajah kekal muda dan segar. Tidak perlu risau jika struktur kulit menjadi berkedut apabila menginjak usia 30 tahun ke atas.

Terbukti penggunaan Soy Collagen Nurbeautyline Premium berkesan dalam tempoh tiga hari dengan pelbagai khasiat antaranya membantu melawan anti penuaan, mengembalikan keanjalan kulit, menutup pori-pori di permukaan kulit, membantu memutih dan melembutkan kulit, melembapkan tumit kaki yang merekah, menyegarkan kawasan keliling mata dan memonggelkan serta memontokkan bibir yang kecut.

Produk minuman Soy Collagen Nurbeautyline Premium juga sesuai untuk golongan Adam dan pesakit diabetes kerana ia kurang gula. Pendek kata Soy Collagen Nurbeautyline Premium sesuai untuk lelaki dan wanita dalam pelbagai peringkat usia.

Ibu beranak dua dan peniaga, Suharah, 29, berkata, suka minuman soya dan apabila mengetahui mengenai produk ini, beliau mencubanya sendiri ketika mengandungkan anak sulungnya, Iris, 3, tetapi bukan secara teratur.

“Sebaik mengetahui saya hamil anak yang kedua, Muhammad Zharef Qhayyum, 7 bulan, saya terus menggunakan minuman Soy Collagen Nurbeautyline Premium dengan sistematik. Rasanya sangat menyegarkan, badan menjadi kuat dan saya tidak mudah rasa lemah serta kulit anak saya putih serta gebu.

“Soy Collagen Nurbeautyline Premium berbeza dengan kolegan lain. Biasanya kolagen mengandungi lobata untuk payudara dan ia meninggalkan rasa panas. Tidak digalakkan untuk ibu mengandung tetapi tidak dengan minuman ini,” katanya yang berasal dari Sabah.

Menurutnya, selepas seminggu menggunakan Soy Collagen Nurbeautyline Premium beliau merasai perubahan pada badannya dan kulitnya juga tidak kering. Beliau turut menjadikan Soy Collagen Nurbeautyline Premium sebagai minuman harian keluarganya.


Pek pembungkus baru

Soy Collagen Nurbeautyline Premium diedarkan Nurbeutyline Trading tampil dengan pek pembungkusan baru.

Sementara itu, Soy Collagen Nurbeautyline mempunyai dua perasa iaitu soya dan coklat untuk golongan berusia 29 tahun ke bawah, dijual dengan harga RM29, banyak membantu anak gadis dalam menyerikan wajah dengan mencuci dalaman!.

Produk minuman Soy Collagen Nurbeautyline Premium diproses dengan teknologi tinggi dari kilang bertaraf amalan pengilangan baik (GMP) diluluskan Kementerian Kesihatan dan mendapat pengesahan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
  • 99 Units in Stock




RM90.00  RM60.00
Save: 33% off

Add to Cart:



This product was added to our catalog on Monday 16 July, 2012.

Copyright © 2017 Sihat Jelita Shop. Template oleh Portal Usahawan . Laman Web Ini Dibina oleh Team Kedai Online
warobbo template