7. Campuran Penghangat Badan (Warming Herbal Blend)
8. Campuran Penenang (Calming Herbal Blend)
9. Minyak Bayi (Baby Oil)
10. Bengkung utk ibu.
*********************************
Untuk Dimakan
1) Teh Herba : Membersihkan sistem

- Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru.
- Membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan.
- Herba anti radang membantu merawat tisu badan yang radang terutamanya di kawasan rahim dan vagina.
- Menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru.
*********************************
2. Lepas Bersalin 1 : Memulih tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu

- Membantu ibu-ibu yang menyusui memulihkan tenaga dan dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.
*********************************
3. Lepas Bersalin 2 : Membantu ibu baru mendapatkan semula susuk badannya

- Membantu ibu-ibu baru memulihkan susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusui bayi.
- Membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina.
- Herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan.
- Merangsang rembesan susu.
*********************************
Untuk Kegunaan Luaran
4. Herba Pembersih Wanita : Mengekalkan kebersihan bahagian vagina dan mencegah jangkitan

- Dibuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk mencergaskan semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di bahagian vagina.
- Mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera daripada ketidakselesaan vagina (akibat jahitan dan radang).
- Herba yang tinggi dengan kandungan tanin digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan.
*********************************
5. Herba Mandian : Menyegar, mencergas dan mengembalikan tenaga
- Dibuat daripada campuran herba tropika untuk menyegar, mencergaskan dan mengembalikan tenaga kepada tubuh dari kepala hingga ke hujung kaki.
- Herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak patinya dan ciri-cirinya merehatkan, antikeradangan, antifungus, antibakteria dan meransang.
- Herba-herba antikeradangan seperti Tumeric Domestica dan Curcuma xanthorriza dimasukkan untuk membantu melegakan masalah kulit yang ringan seperti gatal-gatal dan ruam.
- Mandi dengan herba mandian akan membantu melegakan otot yang letih dan sakit.
*********************************
6. Campuran Peramping Perut : Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen

- Untuk menegangkan bahagian perut, yang boleh menggelebeh selepas bersalin.
- Campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba, dan jus limau nipis untuk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan.
- Juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya muncul dibahagian perut apabila ia mengecut.
*********************************
7. Minyak Urut Herba : Membuang angin dan merehatkan badan

- Untuk membantu ibu baru merehatkan diri, meningkatkan peredaran darah dan membuang angin.
- Urut adalah sebahagian daripada penjagaan selepas bersalin untuk ibu baru. Ia dilakukan untuk membuang angin, meransang peredaran darah, menghangatkan badan dan juga membantu ibu merehatkan diri.
- Dirumus dengan ekstrak herba yang mempunyai tindakan antibakteria, antiradang dan antifungus.
*********************************
8. Campuran Penghangat Badan : Menghangatkan badan, terutamanya tangan dan kaki

- Mempunyai kesan yang menghangat dan keupayaan untuk menggalakkan aliran darah ke kulit.
- Diguna untuk melegakan masalah pembendungan air dan masalah kulit yang ringan seperti ruam. Juga diguna untuk melegakan gatal-gatal.
*********************************
9. Herba Penenang : Menenang dan menyamankan dahi

- Dibancuh untuk kesan yang menyamankan dahi.Amat berguna kepada ibu-ibu yang mudah mendapat sakit kepala akibat kurang tidur dan letih menjalani tempoh pantang dan menjaga bayi baru lahir.
*********************************
10. Minyak Bayi : Melegakan angin dan kembung

- Rumusan semulajadi yang telah terbukti berkesan melegakan bayi daripada angin dan kembung.
- Tidak mengandungi mentol dan metal salisilat dan selamat diguna untuk bayi.
- Berguna untuk mengekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit.
- Membantu mengurangkan kembung di bahagian perut.
- Menyamankan kulit bayi.
- Mempunyai ciri-ciri antibakteria, antifungus dan antiradang.
*********************************
PERCUMA BENGKUNG ISTIMEWA!!!
Dengan Pembelian Set Lepas Bersalin Tropical Herb !!

~MENGAPA BENGKUNG INI SANGAT ISTIMEWA ?~
1. Ianya Percuma!!
2. Material kain yang berkualiti. Ianya tebal, tidak panas, tahan lasak hingga boleh diguna turun temurun.
3. Saiz yang panjang sehingga ka paras peha.
4. Terdapat 2 barisan lelubang. Pada ibu-ibu yang bertubuh kecil memang tiada masalah untuk memakainya.
Penggunaan Bengkung Lepas Bersalin Tropical Herb bersama-sama dengan Campuran Peramping Perut Tropical Herb sangat berkesan untuk:
- Menyembuh dan memejalkan otot dan tisu abdomen
- Memejalkan kulit yang meregang dibahagian dada
- Mendapatkan semula bentuk badan anda


~SOALAN-SOALAN LAZIM~
1. Siapa harus menggunakan Set Lepas Bersalin Tropical Herb?
Ia dihasilkan untuk ibu-ibu baru yang ingin :
- Menguatkan, memejal dan meramping badan selepas bersalin.
- Untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
- Penyelesaian penjagaan selepas bersalin yang lengkap dan menyenangkan serta mudah digunakan.
- Menggunakan herba-herba yang telah distandardkan serta terbukti kemujaraban dan keberkesanannya.
2. Bagaimana saya dapat mengetahui penggunaan semua komponen Bersalin Tropical Herbs?
Buku Arahan Penggunaan yang komprehensif dalam 3 bahasa disertakan dalam setiap set.
- Ia menerangkan tentang ramuan, faedahnya, kaedah dan tempoh penggunaan setiap produk dengan jelas.
- Carta Penggunaan juga disertakan supaya anda boleh mengisi tarikh anda bermula dan mengikuti perkembangan bila anda perlu mula mengguna setiap produk.
3. Bolehkan saya mengambil produk-produk ini jika saya masih menggunakan amalan budaya saya sendiri?
- Ya, sudah tentu. Sesetengah pengubahsuaian boleh dilakukan mengikut apa yang diingini jika anda memakan jumlah herba penghangat yang banyak, yang dimasak bersama makanan anda.
4. Adakah perlu menggunakan Bengkung Set Lepas Bersalin Tropical Herbs?
Ia akan menawarkan hasil yang lebih baik apabila diguna bersama Campuran Peramping Perut. Ia akan membantu dalam :
- Penyembuhan dan perampingan otot-otot abdomen.
- Pemejalan dan perampingan kulit yang teregang antara bahagian dada dan atas peha.
- Membantu mengembalikan bentuk badan anda.
5. Bagaimana saya tahu Bengkung Set Lepas Bersalin Tropical Herbs muat untuk saya?
- Ia direka dengan 2 barisan lelubang agar anda boleh memilih menggunakan barisan (A) jika anda lebih besar atau barisan (B) jika anda lebih kurus.
- Panjang bengkung dan tali pengikat yang mencukupi telah disediakan supaya muat dengan saiz yang agak besar.
- Bengkung membaluti badan dan boleh diubah dengan mudah.
- Wanita yang bersaiz lebih kecil boleh memendekkan tali pengikat supaya muat dengan saiz tubuh mereka.
5. Bolehkah saya menggunakan Set Lepas Bersalin Tropical Herbs jika saya melahirkan secara pembedahan?
- Ya, anda boleh menggunakan seluruh set hanya 1 bulan selepas anda bersalin.
Sila Hubungi : Faizah (014-2375903)
Nota : Set Bersalin Amway akan di pos dengan pos parcel memandangkan saiz kotak yang agak besar & berat. Kos sangat mahal jika guna Pos Laju. Harap Maklum.