Set Bersalin Sendayu Tinggi - Pakej 1

Free : Tungku Baby

Kandungan Set:

~ Ammy Sixty Days capsule (6 botol)

Maklumat Produk

Pakej Ammy 60 Days merupakan produk lengkap bagi ibu-ibu selepas bersalin semasa tempoh berpantang. Kini didatangkan dengan pakej terbaru yang disediakan bersama kotak Ammy 60 Days yang cantik dan menarik. Mempunyai 11 produk penjagaan yang menyeluruh bagi ibu bersalin dari hujung rambut kehujung kaki bagi menjamin kesihatan dalaman dan luaran. la terdiri daripada 2 bahagian penjagaan iaitu dalaman dan luaran (turut disertakan risalah penerangan terperinci).

Untuk penjagaan dalaman, ia terdiri daripada 6 botol kapsul iaitu kapsul Ammy 60 Days dari hari pertama hingga hari ke 60 dan 5 produk kegunaan luaran iaitu Ammy Heat, Ammy Massage, Tummy Tone, Body Tone dan Oil of Telon (minyak bayi). Amalkan Ammy 60 Days Sendayu Tinggi dari hari ke 60 selepas bersalin untuk membantu mengembalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin. bagi mendapatkan bentuk badan asal seperti sebelum bersalin gunakan Ammy Corset, bengkung Sendayu Tinggi.

Ammy Sixty Days (1-10 hari)
Produk ini dirumus khusus untuk membantu mengelakkan ibu mendapat bentan atau terkena angin/darah meroyan ketika berpantang. Ia dirumus khas untuk membuang dan menghalang angin dari memasuki tubuh. Tubuh ibu akan sentiasa berpeluh selain mengembalikan tenaga agar tidak lemah dan pucat. Ia dirumus khas untuk membersihkan darah beku atau nifas bagi melancarkan darah tanpa rasa rengat atau sakit.

Ammy Sixty Days (11-20 hari)
Memberikan ibu tenaga, memperbanyakkan dan melancarkan air susu serta membaikpulih luka dalaman tubuh.

Ammy Sixty Days (31-40 hari)
Ubatan herba ini dirumus untuk membantu merehatkan otot rahim, menambahkan darah selain memberikan ibu tenaga. ia juga mampu membaikpulih luka dalaman dan mengecutkan rahim untuk kembali seperti asal. Pada waktu ini, ia juga bertindak mengembalikan bentuk badan kepada kecantikan asal. Malah pada minggu ini juga ia menggiatkan hormon wanita untuk bersedia melakukan hubungan seksual selepas berpantang.

Ammy Sixty Days (41-50 hari)
Pada hari-hari terakhir berpantang, ubatan herba ini bertindak sebagai penjagaan khusus untuk rahim. Selain itu, mengekalkan otot vagina seperti sebelum melahirkan anak. Malah ia juga, bertindak sebagai kosmetik untuk menyerikan kecantikan ibu dari dalam.

Ammy Sixty Days (51-60 hari)
Selepas habis berpantang selama 44 hari, penggunaan pada minggu terakhir ini membentuk kesempurnaan luaran dan dalaman tubuh. Badan akan kelihatan segar, bertenaga dan memberi keyakinan kepada wanita untuk terus menjalani alam rumahtangga tanpa rasa was-was.


  • 1000 Units in Stock




RM207.00  RM200.00
Save: 3% off

Add to Cart:



This product was added to our catalog on Wednesday 11 January, 2012.

Copyright © 2017 Sihat Jelita Shop. Template oleh Portal Usahawan . Laman Web Ini Dibina oleh Team Kedai Online
warobbo template